Kursus Train of Trainer Stream Yard Live Streaming Studio Anjuran Pusat Internet Kampung Taee, Sarawak (Pengurus Sarawak)
9 Ogos 2020 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Kampung Taee telah dipilih untuk menjadi trainer untuk Kursus Stream Yard Live Streaming Studio untuk kesemua Pusat Internet seluruh Malaysia yang terlibat dibawah pengurusan Nera Malaysia (Malaysia) Sdn Bhd. Kursus ini akan dijalankan secara berperingkat iaitu pada sabtu dan ahad untuk sepanjang bulan ini. Pengurus dan Penolong Pengurus akan mendapat modul yang sama mengikut ketetapan tarikh kursus ini dijalankan. Trainer untuk kursus ini dikendalikan sepenunya oleh Cik Ramlah binti Osman (Pengurus Pusat Internet Kampung Taee) dan dibantu oleh Puan Siti Aisah binti Mohd. Faizal (Penolong Pengurus Pusat Internet Kampung Taee).
Untuk minggu pertama, Pengurus dan Penolong Pengurus seluruh Sarawak (Maxis) yang akan menyertai kursus ini. Seramai 35 orang Pengurus seluruh Sarawak yang telah menyertai Kursus pada kali ini. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada kesemua staff di Pusat Internet tentang alternative pengendalian kelas atau program dalam talian menggunakan aplikasi percuma iaitu Stream Yard Live Streaming Studio. Umum mengetahui di musim Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) disebabkan oleh Pandemik Covid19 ini membataskan pergerakan sosial.
Kelebihan dan kebaikan kursus ini boleh menjadi kaedah dan alternative terbaik untuk mengajar dan berhubung dengan pengguna/usahawan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: